HPK

mesothelioma survival rates,structured settlement annuity companies,mesothelioma attorneys california,structured settlements annuities,structured settlement buyer,mesothelioma suit,mesothelioma claim,small business administration sba,structured settlement purchasers,wisconsin mesothelioma attorney,houston tx auto insurance,mesotheliama,mesothelioma lawyer virginia,seattle mesothelioma lawyer,selling my structured settlement,mesothelioma attorney illinois,selling annuity,mesothelioma trial attorney,injury lawyer houston tx,baltimore mesothelioma attorneys,mesothelioma care,mesothelioma lawyer texas,structered settlement,houston motorcycle accident lawyer,p0135 honda civic 2004,structured settlement investments,mesothelioma lawyer dallas,caraccidentlawyer,structured settlemen,houston mesothelioma attorney,structured settlement sell,new york mesothelioma law firm,cash out structured settlement,mesothelioma lawyer chicago,lawsuit mesothelioma,truck accident attorney los angeles,asbestos exposure lawyers,mesothelioma cases,emergency response plan ppt,support.peachtree.com,structured settlement quote,semi truck accident lawyers,auto accident attorney Torrance,mesothelioma lawyer asbestos cancer lawsuit,mesothelioma lawyers san diego,asbestos mesothelioma lawsuit,buying structured settlements,mesothelioma attorney assistance,tennessee mesothelioma lawyer,earthlink business internet,meso lawyer,tucson car accident attorney,accident attorney orange county,mesothelioma litigation,mesothelioma settlements amounts,mesothelioma law firms,new mexico mesothelioma lawyer,accident attorneys orange county,mesothelioma lawsuit,personal injury accident lawyer,purchase structured settlements,firm law mesothelioma,car accident lawyers los angeles,mesothelioma attorneys,structured settlement company,auto accident lawyer san francisco,mesotheolima,los angeles motorcycle accident lawyer,mesothelioma attorney florida,broward county dui lawyer,state of california car insurance,selling a structured settlement,best accident attorneys,accident attorney san bernardino,mesothelioma ct,hughes net business,california motorcycle accident lawyer,mesothelioma help,washington mesothelioma attorney,best mesothelioma lawyers,diagnosed with mesothelioma,motorcycle accident attorney chicago,structured settlement need cash now,mesothelioma settlement amounts,motorcycle accident attorney sacramento,alcohol rehab center in florida,fast cash for house,car accident lawyer michigan,maritime lawyer houston,mesothelioma personal injury lawyers,personal injury attorney ocala fl,business voice mail service,california mesothelioma attorney,offshore accident lawyer,buy structured settlements,philadelphia mesothelioma lawyer,selling structured settlement,workplace accident attorney,illinois mesothelioma lawyer

Menu Navigasi

Shuib 'mimpi sedih' setahun pemergian arwah Siti Sarah

 


KUALA LUMPUR: Hasrat pelawak popular, Shuib Sepahtu, 38, mengubah suai kediaman yang didiami sejak empat tahun lalu dibatalkan selepas didatangi mimpi isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin seakan tidak bersetuju dengan keputusannya.

Shuib berkata, dia berhasrat mengubah suai kediaman bagi memberi suasana baharu selepas enam bulan pemergian penyanyi lagu Kesetiaan itu akibat pandemik COVID-19, tahun lalu.

Malah, kata Shuib, dia juga sudah berbincang dengan pereka dalaman untuk majlis tahlil setahun pemergian arwah isteri yang tercinta itu.

"Namun, saya lupakan hasrat ubah suai kediaman, bulan lalu selepas didatangi mimpi sedih seolah-olah arwah tidak merestui keputusan ini.

"Saya bermimpi masuk ke kediaman baharu dan tercari-cari arwah, namun, beliau tiada. Ketika itu, barulah saya sedar arwah sudah meninggal dunia," katanya kepada BH Online.

Anggota kumpulan Sepahtu itu berkata, dia masih menyimpan barangan peribadi milik arwah untuk dijadikan kenangan, termasuk baju terakhir dipakai sebelum dibawa ke hospital, setahun lalu.

"Baju terakhir dipakai arwah masih saya simpan dengan elok. Itulah yang menjadi pengubat rindu saya pada arwah," katanya.

Shuib bersama bapa mentua Raissuddin Hamzah dan empat cahaya matanya pada majlis tahlil sempena setahun pemergian arwah Siti Sarah di kediamannya, malam tadi. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Shuib bersama bapa mentua Raissuddin Hamzah dan empat cahaya matanya pada majlis tahlil sempena setahun pemergian arwah Siti Sarah di kediamannya, malam tadi. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Shuib berkata, mengenangkan arwah adalah perasaan terlalu mahal harganya.

"Sepanjang 38 tahun hidup, belum pernah saya mengingati sesuatu, setiap hari seperti saya mengingati arwah yang menjadi korban COVID-19 pada 9 Ogos, tahun lalu.

"Saya tak tahu bagaimana nak menterjemahkan perasaan ini. Sudah tentu, saya masih sedih atas kehilangan arwah, lebih lagi, apabila tiba tarikh penting seperti hari ini.

"Perasaan kehilangan kian terasa. Saya sudah banyak kali ulang ayat ini iaitu saya mengingati arwah tanpa gagal, setiap hari. Bagi saya, mengingati arwah adalah perkara sangat manis.

"Saya juga tertanya-tanya apakah semua ini. Dan jarang berlaku pada seseorang, tetapi saya percaya mengingati arwah cukup mahal nilainya," katanya yang ditemui pada majlis tahlil sempena setahun pemergian arwah Siti Sarah di kediamannya, malam tadi.

Tambah Shuib lagi, dia tetap merasakan arwah masih hidup biarpun sudah setahun pemergiannya. Lebih lagi, jika melihat video yang dimuat naik dalam Instagram (IG) arwah.

Shuib dan Raissuddin Hamzah pada majlis tahlil yang diadakan di kediaman di Puchong, malam tadi. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Shuib dan Raissuddin Hamzah pada majlis tahlil yang diadakan di kediaman di Puchong, malam tadi. - NSTP/Saifullizan Tamadi

"Contohnya, admin IG memuat naik video arwah memakai telekung, baru-baru ini. Ketika melihatkan video ini, saya sangat terkejut kerana seolah-olah arwah sendiri memuat naik video ini.

"Namun, akhirnya saya tersedar arwah sudah tidak ada, tetapi videonya seolah-olah masih hidup.

"Sebelum ini, arwah selalu merajuk jika saya tidak lihat IG Story. Arwah selalu anggap, saya hanya melihat IG Story orang lain, tetapi tidak tengok IG Story miliknya.

"Namun, kini semua hanya tinggal kenangan," kata Shuib.

Berkongsi mengenai anak-anak, kata Shuib, emosi empat permata hatinya, Uwais Alqarmi, 11; Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 1, masih terkawal.

"Alhamdulillah, anak-anak sihat dan emosi juga terkawal. Semua semakin pandai dan senang dijaga.

"Ayash semakin sihat. Kini, Mama menjaganya di kampung halaman saya di Johor. Selang dua atau tiga minggu, saya akan menghantar orang untuk mengambil Mama dan Ayash.

"Mujurlah teknologi semakin canggih, jadi saya senang berhubung dengan Mama, setiap hari untuk mengetahui keadaan Ayash," katanya.

Terdahulu arwah Sit Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas tiga hari melahirkan anak bongsu, Ayash.

Bagikan ke Facebook

Artikel Terkait

Tidak ada artikel lain dengan kategori serupa.